PENGENALAN

Tadika Iltizam Bistari merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan pendidikan berteraskan Islam serta mengaplikasikan pendekatan Montessori dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tadika ini beriltizam untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik, meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

VISI & MISI

VISI
 
Menjadi institusi pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang dalam melahirkan insan berakhlak mulia, berdikari dan berilmu melalui pendekatan Montessori berteraskan nilai Islam.
 
 
MISI
1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang tersusun, selamat dan kondusif selaras dengan prinsip Montessori.
2. Membimbing kanak-kanak secara berperingkat dan berfokuskan perkembangan individu mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.
3. Menerapkan nilai-nilai Islam, adab dan akhlak mulia dalam setiap aktiviti pembelajaran dan rutin harian.
4. Menggalakkan pembinaan kemahiran kendiri, keyakinan diri dan disiplin dalaman melalui pembelajaran hands-on.
5. Menjalin kerjasama erat antara pihak tadika dan ibu bapa dalam menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
 
 
OBJEKTIF
1. Membantu kanak-kanak membina kemahiran berdikari melalui aktiviti kehidupan praktikal Montessori.
2. Menggalakkan perkembangan kognitif, bahasa, sosial dan emosi secara seimbang dan semula jadi.
3. Membangunkan kemahiran motor halus dan motor kasar melalui penggunaan bahan Montessori yang bersesuaian.
4. Memupuk minat belajar, tumpuan dan keupayaan menyelesaikan masalah dalam diri kanak-kanak.
5. Menerapkan nilai adab, tanggungjawab dan kasih sayang selaras dengan ajaran Islam.
6. Menyediakan asas pembelajaran yang kukuh sebagai persediaan ke alam persekolahan formal.

🗓️ WAKTU OPERASI 
Isnin hingga Jumaat

📚 PAKEJ TADIKA

 
(Umur 4 – 6 Tahun)
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
 
Pakej ini merangkumi:
  • Modul pembelajaran harian (akademik awal, sahsiah dan Islamik)
  • Aktiviti seni, komunikasi dan perkembangan motor halus
  • Makanan pagi, makan tengah hari dan minum petang
  • Buku serta bahan pembelajaran mengikut peringkat umur
 
Yuran Bulanan:
Bermula serendah RM350
DAFTAR SEKARANG

🕒 PAKEJ TRANSIT

 
(Umur 7 – 12 Tahun)
 
Waktu Operasi:
Selepas waktu sekolah – 6.30 petang
 
Pakej ini merangkumi:
  • Makan tengah hari dan minum petang
  • Bimbingan kerja rumah
  • Aktiviti kendiri dan pembinaan sahsiah
  • Waktu rehat serta solat berjemaah
 
Yuran Bulanan:
Bermula serendah RM250
DAFTAR SEKARANG

PAKEJ PENUH

(TADIKA + TRANSIT)

 
Pakej khas untuk kanak-kanak yang mengikuti sesi tadika dan meneruskan transit sehingga petang.
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi – 6.30 petang
 
Pakej ini merangkumi:
  • Semua kemudahan dan perkhidmatan dalam Pakej Tadika dan Pakej Transit
  • Penjagaan berterusan dalam persekitaran yang selamat dan terancang
 
Yuran Bulanan:
Bermula serendah RM550
DAFTAR SEKARANG

📖 KELAS TAMBAHAN

 

Kelas Mengaji

  • Yuran: RM50 sebulan
  • Fokus kepada bacaan asas Al-Quran dan pembentukan adab Islam

 

Kelas Robotik

  • Terbuka kepada: Kanak-kanak umur 4 – 10 tahun
  • Yuran: RM150 sebulan
  • Pendedahan awal kepada teknologi, kreativiti dan pemikiran logik
daftar kelas mengaji daftar kelas robotik

KELEBIHAN ILTIZAM MONTESSORI

KENAPA MEMILIH TADIKA SMART ILTIZAM ?

1

SISTEM BERPUSAT

Pembelajaran Berpusatkan Kanak-kanak. Setiap kanak-kanak belajar mengikut tahap dan kebolehan sendiri tanpa tekanan.

2

HANDS-ON

Hands-on & Pembelajaran Kendiri
Aktiviti praktikal membantu kanak-kanak memahami melalui pengalaman sebenar.

3

BERDISIPLIN

Membina Berdikari & Disiplin Dalaman
Kanak-kanak dilatih mengurus diri, membuat keputusan dan bertanggungjawab.

4

TERSUSUN

Persekitaran Tersusun & Kondusif
Susun atur kelas yang kemas membantu fokus, ketenangan dan minat belajar.

5

MONTESSORI ISLAM

Gabungan Montessori & Nilai Islam
Pembelajaran seimbang antara akademik awal, akhlak dan pembentukan sahsiah.

6

SELAMAT & CERIA

Ruang pembelajaran yang bersih, selamat & mesra kanak-kanak.

DAFTAR SEKARANG

GALERI TADIKA SMART ILTIZAM

DAFTAR SEKARANG

Contact us
Newsletter

Subscribe to get notified about product launches, special offers and company news.